Rumah ROS

PERTUBUHAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK KRISTIAN PENGKALAN HULU,PERAK ( RUMAH ROS ) Ilham untuk mendirikan pelayanan Rumah Ros bermula pada tahun 2008 lagi, di mana kami melihat ramai anak-annak Orang Asli tercicir dalam pelajaran, kurang galakan dari orang tua,tidak punya kemampuan dan menganggap pelajaran itu tidak penting. Begitu juga keadaan kanak-kanak di perkampungan.

Dengan beban yang Tuhan berikan, maka kami memulakannya dengan mengambil dua budak, bawa mereka balik, jadi anak kami dan kami sekolahkan mereka dengan kewangan kami sendiri. Selama 4 tahun berlalu, tahun 2013, kami mulai suarakan perkara ini ke pusat LCM. Hujung tahun 2013 dan awal tahun 2014, kami telah membawa 6 budak dari Kg. Sungai Tekam ke Pengkalan Hulu, mendaftar budak ini memulakan persekolahan mereka di sekolah kerajaan iaitu dari tingkatan 1 dan 2, seorang di tahun 6.

Hari ini sudah masuk tahun yang ke lima. 2 lepasan SPM telah melanjutkan pelajaran merekadi Institut Kemahiran di Ipoh,Perak ( Seramik ). Seorang lagi akan masuk tahun 2019 bulan Julai. Seorang sedang menuntut di Kolej Komuniti Gerik ( Diploma dalam bidang menjahit ),26/06/2019 seorang lagi masuk Kolej Komuniti Gerik ( Diploma IT ). Bererti 5 orang telahmelanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih atas. Harapan kami mereka akan mendapat pekerjaan yang lebih baik nanti.

Sekarang masih ada 16 orang, 4 orang akan menduduki SPM tahun ini. Kami mengucap syukur untuk pelayanan ini dan berharap akan terus mendapat sokongan dari semua pihak terutama dalam hal kewangan.

Dalam projek Rumah Ros ini, ianya telah tersebar ke banyak tempat akibat kejayaan merekayang ada di kolej dan Institut Kemahiran. Ramai yang mau mendaftarklan anak mereka,namun apa boleh buat, semuanya terbatas. Walau bagaimanapun kami tetap mengucap syukur kerena sudah sampai ke tahap ini. Sokongan dan pertolongan semua pihak sangatlah kami syukuri dan terima kasih. Tuhan akan membalaskanya semua jeri paya pertolongan anda dalam projek ini.

Alamat: B14 Kg.Baru, 33100 Pengkalan Hulu Perak.

Tel: 04-4770818 (Puan Livia)

Have questions?

+6019-9928 100

Open Mon – Fri

09:00 – 17:00

Need some help?

[email protected]

Contact us

Have any questions? We’d love to hear from you. Here’s how to get in touch with us.

Luther Centre, Level 6, No. 6,
Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Malaysia.